Tuesday, July 19, 2016

kelorah di muara


            CERPEN :
“KELORAH DI MUARA”         _____________________________________________________________________
                                                     oleh :  Azmi Abdullah @ ABah
 
“Abang… jika takdir  menjemput  Milah pulang…redakanlah..rasanya tak sanggup lagi Milah menanggung siksa ini,..janji bang”. Usin tunduk resah mata berkaca, kabur pandangan. Puas Usin menanggis ,tidak sanggup rasanya untuk merenung Milah yang sedang bertarung dengan maut.. Usin pasrah.
Abang… jika Milah mati, abang carilah penganti, jangan dibiarkan Yana hidup tanpa ibu…janji bang…dan Milah hanya mahu Ayuni saja yang mampu menjadi pengganti Milah” ...suaranya semakin perlahan menjengah takdir…Mengucap Milah…jangan tinggalkan abang …abang rayu Milah...
Ya Allah...Air mata Usin mengalir laju…selaju harapan agar Milah kembali ceria. Bebola mata Milah melilau meracau, akhirnya memandang tepat pada  alang rumah, seolah-olah mengerti ajalnya datang menjemput pulang.
 
Pengorbanan
Sudah tiga bulan berlalu... Milah pergi menyahut seruan Ilahi.  Dari hari-kehari  imbauan kenangan melingkari, sukar ditepis walau ditaji  kesabaran. Bukan Usin benci tapi hakikat sebuah perpisahan bukan milik Usin seorang. Hidup Usin tidak keruan...jambang mula bersirat, misai kusut masai, hanya Yana penyeri...tapi Usin sepi bagai Pelabuhan pagi. Yana belum mengerti penderitaan Usin. Hanya renggekkan meminta botol susu sebagai teman.
“Usin…mak tak mampu untuk menghalang…jika Ayuni sebagai galang ganti dan harapan Milah, mak reda, tapi biarlah mak tanya Ayuni dulu…sanggupkah dia jadi pengganti kakaknya.
Usin diam…sambil telinga memasang dengar, ruang sempit terasa luas…tidak semena-mena Usin tersenyum …ini senyuman pertama Usin selepas Milah meninggal dunia…Jauh di sudut hati , Ayuni pernah menambat hatinya ..di sebabkan Ayuni adik ipar dipendam dilubuk hati yang teramat dalam.
Pak Said di dapur mendengus …bagai kerbau terjabut spa hidung,
 “Engkau nii…limah buang tebiat nak mampus ke, baru je… Milah pergi kau nak ganti Ayuni pada Usin…?
“Eeh..apa salahnya bang dah memang itu wasiat Milah…ehh kalau Ayuni setuju kita nikahkan saja Usin dengan Ayuni habis cerita.
“Aku tak setuju…dari dulu lagi aku tak berkenan pada usin...aku benci dia, dengan keturunan dia sekali aku benci...kau faham tak..kau ingat tak arwah bapa dia ..tak pernah sependapat dengan aku...fahaman dia lain. .aku lain.
“Eh, bang...pendapat dia je yang betul… kalau nak main politik biar setakat lubang tekak je ..jangan diluah tak tentu hala.”
“Mak…ayah,janganlah bergaduh pasal Ayuni…Ayuni sanggup jadi pengganti kak Milah..lagipun kasihan Yana…dia belum mengerti apa-apa…biarlah ayuni berkorban..Pak said mengerling bagai harimau menghidu mangsa..Ayuni menikus,mak limah diam seribu bahasa…
 
 
Takdir
Yana sudah mengerti apa erti sedih, segala hilai tawa tanggis …hanya ibu Ayuni saja tempat ia mengadu…tidak sekalipun memangil Milah …ibu sejati yang telah pergi menyambut seruan llahi…
Usin nampak lebih ceria…hari-hari terisi dengan hilai tawa…sesekali terkenang arwah Milah seolah-olah ada di sisi menikmati kebahagian bersama. Usin bagai mati hidup semula.
Ayuni mengandung sembilan bulan, sampailah waktu untuk Ayuni melahirkan anak sulung, Usin kepingin yang teramat sangat, dicanang sekeliling kampong hari bahagia bakal menjelma tidak lama lagi. Diusap perut Ayuni, bagai belangkas tidak terpisah. Usin berniat Jika anak lelaki,nak ditumbangnya seekor lembu jantan. Inilah peluang ke dua hidup yang dianugerah Allah…mengecapi sebuah kebahagian  bagai “hassan segunung intan”.
Ayuni dimasukkan ke hospital ..tawa sedih berbaur silih ganti…Usin teruja..
Pak said mencuka..mak limah senyum simpul, Yana melompat riang,kerana adiknya bakal lahir untuk bergurau senda..
Ayuni dimasukan ke bilik kecemasan HRPZ 11,Kota Bharu. Kegelisahan mula bertamu dihati keluarga. Ayuni bertarung antara sedar dan tidak, nafas Ayuni terlalu lemah untuk  menolak anak keluar. Denyutan nadi tak setabil, Ayuni selamat melahirkan anak lelaki yang sihat dengan berat 3.3kg. Namun dalam kegembiraan Usin sekali lagi diuji Yang Maha Berkuasa. Ayuni tidak dapat diselamatkan, Usin kehilangan. Dugaan yang maha berat sekali lagi menguji … Usin meracau .
Pak Said merungut...baginya Usin anak sial yang membawa malang dalam keluarganya…geramnya bukan kepalang, rasa nak dikapaknya kepala Usin. Kerana marahkan usin Yana menerima tempiasnya.tiba-tiba Pak Said bersuara.
“Sin...ayah minta dengan jasa baik...kau keluarlah dari rumah ini… ayah tak nak tengok muka kau lagi…kau bawalah  cucu ayah sekali. Ayah tak nak tengok wajah anak ayah  dalam diri anak mu..pergilah.” Inilah kali pertama ucapan penuh sebak yang mampu Pak Said ungkapkan. Dengan suara yang tersekat-sekat Pak Said terjelempok dianjung,sesekali memandang tepat ke dada laut. Lalu dililitkan kain basahan di kepala.berlalu tanpa perasaan ,sebak memaku dalam diri.
Usin mengerti perasaan bapa mertuanya...Yana memiliki iras ibunya . Usin tak mampu lagi mendengar rintihan bapa mertuanya...
Kerana terlalu memikirkan nasib badan, usin abaikan kesihatan...kadang-kadang Usin bermonolog sendiri…wajah Milah dan Ayuni silih berganti.
Ketika Usin melintas jalan  ke kedai membeli susu anak lelakinya . Usin dilanggar kereta, sebelum takdir menjemputnya pulang.usin mengelupur sesekali terbayang wajag tersayang yang silih berganti..sehingga hujung nyawa…hanya ungkapan “maafkan abang milah... kerana tidak mampu menjaga amanah mu”. Suara Usin semakin perlahan bersama airmata takdir  menitis ke bumi...
 
                                                    ….Sekian….

 

 

 

No comments:

Post a Comment

html