Tuesday, July 19, 2016

cerpen lama-rona air mata zikri


                                                                        CERPEN :
 
  RONA AIRMATA ZIKRI”         _____________________________________________________________________
                                                     oleh :  Azmi Abdullah @ ABah
 
Zikri pasrah, mata dipejam rapat…menunggu picu senapang patah memuntahkan belerang. Menunggu otaknya bersepai. Tidak sepatah kata terkeluar takkala senapang patah bapa mertua mencanak di atas kepala.
“aku nak kau keluar dari rumah aku tanpa menoleh, sekali kau toleh…bersepai otak kau”
 
Zikri diam, nafas bagai tercekik di saluran kerongkong, tanpa sedar Zikri beredar perlahan tanpa mempedulikan mucung senapang bapak mertuanya.
 
“abang !,…jangan tinggalkan Sal sorang, mati abang tercabut lah nyawa sal”
“jangan sal…”  ringkas kata-kata Zikri tanpa menoleh ke belakang.
“ayah …apa  ayah buat ni…mengucap ayah”
“sekali aku petik picu…eem berambus! sebelum darah aku mengelegak”.
Salmiah meraung sekuat hati bagai kena histeria. Mak Som di ruang tamu menangis semahunya. Adik-adik menikus tanpa suara.
“ayah! ampunkan Salmi. Mak! jaga ayah, Salmi ikut kata hati, selangkah abang zikri melangkah tapaknya adalah nyawa Salmi.”
Zikri melangkah tanpa toleh. Salmi ikut belakang tanpa sepatah kata. Puas sudah air mata berjejeran. Langkah penuh nekad tanpa bag pakaian, sehelai sepinggan menuju ke stesen
 
kereta sewa Tanah Merah. Meninggalkan Mak Som yang hampir pengsan. Pak Said duduk terjelempuk di atas sofa  sambil memegang senapang. Keluhan penuh penyesalan .
Hentian
Kesibukan Bandar Tanah Merah sedikitpun tidak menghiraukan kesedihan Zikri. Hatinya luluh, ditelan mati mak diluah mati bapa..
“Sal …dugaan apa lagi yang bakal kita tempuhi…abang buntu Sal, jalan mana yang harus kita ikut”.
“jalan mana sekalipun abang ikut, Sal akan turuti, jika mati Sal… biarlah di pangkuan abang”.
 
Zikri diam, otaknya ligat mencari kewarasan, buntu … jika gelap cari cahaya, jika dahaga mencari air. Mencari jawapan sasau dibuatnya. Lebih kurang sejam menunggu. Zikri dan Salmi dapatkan kereta sewa menuju ke stesen bas di Langgar, Kota Bharu.
Bas Tranasional bertolak pukul 9.30 malam, dari terminal Langgar. Lebih kurang 6jam perjalanan sampailah di Kuala Lumpur. Bas sudah melewati laman terminal Hentian Putra. Ini bererti belum masuk subuh,  Jam menunjukan 4.35 pagi. Kebuntuan yang diwariasi dari masalah  melingkar, terasa benar kesukaran  membuat pilihan.
“abang kita sewa saja hotel bajet. Bila siang nanti kita buat keputusan!, kita balik rumah Pak Ngah.”
“suka hati Sal, abang buntu, duit ada ke?”. Salmi diam…
 
Riak wajah Zikri berserabut. pipi cekung dengan misai yang nipis menampakkan sedikit tua dari usia. Sesekali Salmi tunduk sambil tangan mengesat air mata, air mata sesal tidak bernoktah.
“hanya nasib  batu yang tenggelam…jika sabut biarlah timbul”.ucap salmi dalam hati
Keputusan
Ketika dalam perjanan pulang ke rumah  Pak Ngah Seman, pelbagai versi cerita rancak berputar, ada yang ulang tayang  dalam kepala Salmi dan Zikri. Di rumah Pak Ngah Seman, Salmi cerita perkara sebenarnya. Pak Ngah mendengar luahan Salmi dengan rasa sesal yang menusuk. Entah berapa kali mengeleng kepala, sesekali mengangguk, tanpa sedar air mata pak ngah menjegah pipi, teresak –esak mengenangkan abangnya yang tak pernah berubah dari budak sehingga tua.
“salmi! Pak Ngah ada satu berita, entahlah berita baik atau buruk hanya kamu yang nilai”
“apa hal Pak Ngah?”
 
“Salmi, nah surat kamu, tak tau Pak Ngah nak kata apa!  kamu dapat sambung belajar di Universiti, di Amerika Syarikat”.
Bagai petir memekak telinga antara gembira, sedih, sebak bercampur aduk…
“ya Allah aku bersyukur, abang!... sal dapat bang, dapat sambung belajar di US
Zikri terduduk, kepala yang tidak gatal digaru bagai kutu penuh menghuni, hampir gila .  Baru semalam bapak mertua nak  pecahkan kepalanya. Hari ini pulak Salmi dapat sambung belajar di US.
 
Kegembiraan ini menelan rasa kecewa Salmi buat seketika. Zikri bingun kerana minggu depan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang akan di buka . Ini bererti yuran pengajian Semester 3 nak kena bayar.
“Zikri , Pak Ngah faham penderitaan kamu, tentang Salmi biar Pak Ngah yang tanggung. Itupun jika Zikri setuju”.
“Pak Ngah! saya betul-betul buntu, Pak ngah buatlah mana yang terbaik.”
“abang!, redalah Sal… pergi. Ini impian Sal, 4 tahun bukan lama, bidang yang betul-betul Sal minat Matematik dan Kimia, lagipun kita dah janji kan? ”
Fikiran zikri melayang mengingati janji yang pernah  dimeterai, ketika Salmi masih anak dara itupun ketika sama-sama belajar di UM. Sebelum Zikri ditendang akibat mengulang kertas Matematik.
 
Berangkat ke US
Lebih kurang 17 jam perjalanan dari KLIA  ke Los Angles. Itupun kapal terbang ‘delay”, singgah  di lapangan terbang JAI, Jepun beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan . Ketika rehat di terminal JAI, Salmi terasa pening, loya-loya nak muntah, dalam fikiran mungkin mabuk kapal terbang .  Lebih kurang pukul 3.30 waktu tempatan Los Angles. Kapal terbang yang membawa Salmi mendarat dengan selamat. Salmi tertidur. Sehingga tidak sedar kapal terbang sudah mendarat.
 
Pramugari mengejutkan Salmi beberapa kali . Salmi menampakkan wajah yang suram .Wanita tabah ini tidak sedar sudah 3 jam selepas mendarat barulah Salmi sedar ,dia pengsan. Di hospital Queen Elizabeth. Dr Even Molleck  mengucapkan tahniah pada Salmi..
“Puan ,tahniah! Puan sudah mengandung 3 minggu”
“tiga minggu!…mengandung!..ya Allah macamana nii,”
Berita ini amat mengejutkan Salmi…sekali lagi Salmi termanggu dengan dugaan yang mendatang, dikala kesedihan… Allah beri kegembiraan …ini bererti salmi wanita terpilih…
Pengajian
Zikri meneruskan pengajian semester tiga dengan hati yang sebak. Setiap kali matahari menjengah waktu, dikala itulah kesedihan di hati Zikri bertandu rindu. Rusdi  kawan baik Zikri, yang bakal menjadi guru, berlari anak mendapatkan  zikri dengan suara yang penuh usikan .
“Z…ini surat dari isteri tercinta kau…nun di sana! Jauuuuhh…”
Zikri tersedar dari lamunan, senyuman menguntum mula membajai pipi.Terus mendapatkan surat dari Rusdi dengan rakus. Kawannya mengerti kesedihan dan kerinduan Zikri, dibiarkan  kegelojohan Zikri merampas surat walaupun kasar.
“abang, Sal ada berita baik, Sal mengandung!,sekarang dah masuk empat minggu .”
Surat Salmi entah berapa kali dibaca, di koyok, dibuka, dicium, air mata kegembiraan mula memenuhi kelopak, biji mata berkaca menandakan hujan kegembiraan dah nak turun…
 
Lebih kurang sembilan  bulan lebih pemergian Salmi ke US, Salmi melahirkan anak perempuan  yang comel mirip wajahnya, berkulit mulus…Nurlily…ringkas tapi penuh pengertian kasih sayang antara Zikri dan Salmi. Salmi tidak sihat, Dr yang merawat Salmi mencadangkan anak perempuannya dihantar pulang ke Malaysia. Sekali lagi Salmi
terasa perit akan berpisah dengan anak yang baru seminggu di lahirkan. Memandangkan barah payu dara yang Salmi hidapi sudah sampai ke tahap kronik. Salmi terpaksa menerima hakikat. Salmi merahsiakan penderitaan ini daripada Zikri..
 
Seminggu selepas bersalin ..Salmi menghantar anaknya pulang ke tanah air. Melalui Agensi yang dilantik oleh kedutaan Malaysia, anak Salmi selamat  sampai di tanah air , melalui jagaan rapi pramugari yang di lantik khas  oleh kedutaan Malaysia di USA.
 
Zikri sangat teruja untuk melihat anaknya. Tanpa sedar sudah hampir lima jam beliau menunggu di KLIA. Pada hal surat dari kedutaan sudah jelas mengatakan anaknya akan sampai dalam pukul 3.33 petang waktu tempatan. Seperti yang sudah dijanjikan, anaknya  selamat sampai tanpa Salmi disisi. Dicium tanpa henti sesekali tertawa kegembiraan takala melihat anaknya Nurlily yang menangis merengek seolah gembira berjumpa bapa,  lupa ibunya sedang bersedih di US. Salmi terus merindui anaknya, rindu Zikri sudah tidak tertahan lagi. Dalam menahan keperitan barah yang sudah menyucuk saraf. Salmi ingin balik sebelum maut menjemput pulang.
 
Salmi pulang menaiki kapal  terbang Mas. Setelah sampai di KLIA, hatinya sangat teruja sambil mata melilau mencari suami dan anak tersayang. Nafas terasa lambat, tersekat, kaki bagai dirantai untuk melangkah.Takkala itu kakinya tersadun anak tangga terakhir kapal terbang.  Salmi terjatuh, nafas yang sudah 23 tahun di kandung badan tercabut bersama harapan untuk berjumpa Zikri…Lily.
 
Kematian Salmi membuatkan hidup Zikri tidak terurus, mengikut takdir segala jadi. Lily membesar di depan mata tidak dihirau. Rasa bersalah menyelubungi diri. Keletah anak kesayangan menunggang basikal mengelilingi laman tidak dihirau jauh sekali untuk tertawa.
“abah!, mana mama?, kenapa kawan-kawan Lily ada mama..!
Air mata zikri mula menitis . Kerongkong mula tercekik, jawapan apa yang harus di beri..
Setiap rona dan tona Zikri  sudah simpan kemas di sisip kenangan..
 
                                                    ….Sekian….

 

 

No comments:

Post a Comment

html