Saturday, February 27, 2010

minat dan hobi

assalamualaikum,

terima kasih pada pengikut blogku,
antara intan dan permata ada cahaya yang gemerlapan. berbeza ton dan warna mengikut tahap darjah yang berbeza.jika berguru kepalang ajar.jika mandi biar basah,jika menuntut biar berijazah.jika hobi biar berpada.takut tertipu pada nista .kita menjulang pada semangat setiakawan ,tapi dimana pangkal dan mana hujung.abtrak pada kata,berniat dalam hati jika terselit satu zarah firus amarah ,kita hanyut tanpa sedar,teredar nanti kita siapa dimana kitabNya..renung-renungkan..

Monday, February 8, 2010

Selamat pagi ,salam satu Malaysia

Salam sejahtera,

Selamat pagi, semoga pagi yang hening ini akan memberi satu kerahmatan yang berkekalan pada kita semua. rahmat akan turun bagai gerimis apabila berbicara tentang ilmu. sesungguhnya ilmu akan melekat apabila bibir manis berbicara tentang kebaikan,kebaikan yang dibawa dari hati yang tulus dan penerima membentangkan dulang harapan akan pesimis bicara yang menyenangkan.senyum tulus dan ikhlas....

khurafat- penyakit hati yang serius

Assalamualaikum,
Kepada pembaca blog ku sekalian;
Jangan terpengaruh dengan amalan khurafat.khurafat adalah penyakit hati yang paling halus,jauh, dalam sehingga menggugat keimanan kita dalam mentaati Allah ,dalam mengumpul koleksi kita akan berumpa dengan pelbagai jenis penjual barangan purba yang mendakwa barangan lama mempunyai pelbagai jenis kuasa dan berkhadam. jika tersesat dihujung jalan kembalilah kepada al-quran.sesungguhnya syaitan tidak akan leka dalam menyesatkan umat Muhamad.Dalam perjalanan saya mengumpul koleksi purba selama 10 tahun lebih sedikit sebanyak bahu saya tergalas bebanan yang dasyat.menjawab atau mengangguk sudah memadai untuk mengakui tentang kebobokan khurafat.masyaallah .kini perjalanan saya teruskan dengan nilai sediaada .kekuatan iman saya dalami ,khurafat saya bungkuskan bersama kenangan ...saya tanama bersama seribu penyesalan selagi darah ini mengalir...sejarah adalah memorii.

Sekian.terima kasih

Sunday, February 7, 2010

SENI ITU INDAH

jika terpandang sesuatu... teritip akan terdetup didasar suatu perasaan.. akan timbul suatu keindahan maka si celik akan terpaku ,sibuta meraba senyum.muncul suatu ukapan yang menyenangkan maka keinginan untuk memiliki terdasar terpahat.maka benarlah kata-kata "seni itu indah ,allah sukakan keindahan"

semoga berbahagia

salam,
apa yang saya terpandang sangat indah dan menarik,jika itu pernah berguru walau sepatah ayat kedengaran dari mulut ku maka itu adalah anak murid ku ,jadi ucapan dari jauh katakan selamat berbahagia.semoga berbahagia yang berpanjangan dari bibir yg pernah berkata bicara.jika telinga itu pernah menadah dengar .ucap sekali lagi selamat melayari medan yang penuh cabaran...kepada muridku yg akan berkahwin ,bertunang,akan menimang cahaya mata.....semoga selamat semua.jika ada luang hubungi saya .sesungguhnya ikatan akan kemas bila ada buku dan jalinan..