Sunday, October 16, 2011

Rujukan Pelajar

SENI ITU INDAH



Bahagian 7: Penghayatan Asas Seni Reka - Aplikasi Garisan

Garisan merupakan elemen asas paling penting dalam penghasilan Seni Visual. Secara umum Pengkarya akan menggunakan garisan dalam apa juga keadaan, ada yang menggunakan garisan sebagai lukisan awal atau pun mengasilkan garisan sebagai elemen utama dalam karya.

Kalau dirujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran KBSM- 2003 ( HSP), untuk tingkatan 2 dantingkatan 3, pembelajaran Garisan tidak berlaku seperti mana ditingkatan 1. Dalam Buku HSP muka surat 20 dan muka surat 30 menyatakan Asas Seni Reka diaplikasikan secara bersepadu dalam Penghasilan Seni Visual. Maknanya pengajaran Asas Seni Reka perlu melalui Aplikasi Pengkaryaan seperti menghasilkan Lukisan, Catan, Cetakan, Arca, Grafik dan sebagainya. Malangnya saya meninjau Rancangan Tahunan dibeberapa buah negeri masih terus meletakkan pembelajaran Asas Seni Reka sama seperti pengajaran dalam tingkatan 1 iaitu Mengenal Garisan. Juga terdapat banyak buku rujukan dalam pasaran yang menunjukkan seperti mana saya katakan itu ditingkatan 2 dan 3 masih menunjukkan asas-asas yang sama. (Begitu juga dengan unsur seni Rupa, Jalinan, Bentuk, Ruang dan Warna)

Kemahuan sebenarnya dalam Huruaian Sukatan Pelajaran dalam tngkatan 2 dan 3 ialah guru mengajar bidang-bidang penghasilan dengan menggunakan Asas Seni Reka sabagai landasan utama, misalnya pembelajaran penghasilan Lukisan - semasa melukis perlu mengambilkira unsur-unsur seni sebagai element utama dan Prinsip Rekaan sebagai untuk mengorganisasikan karya tersebut. Oleh yang demikian guru-guru akan mengaitkan Garisan dan Rupa, Garisan dan Nilai (dulunya Bentuk), Garisan dan Jalinan dan Garisan dan Warna.

Pada kali ini saya tertarik untuk menerangkan aplikasi garisan dalam pengkaryaan.

1. Garisan Kontor dan 'Gesture'

Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu karektor. Dua perkara utama dapat dibentuk melalui garisan dalam sesbuah karya lukisan iaitu garisan kontor dan garisan 'Gesture'. Garisan Gesture adalah garisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja. Pelukis juga dapat menggunakan kedua-dua garisan ini sebagai membantuk objek.



garisan kontor



Garisan Gesture karya Rambrandt

2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan

Ramai pelukis-pelukis agung menggunakan garisan sebagai menggambarkan mood dan pergerakan dalam karya-karya mereka lihat sahaja lukisan Horore Daummier bertajuk Frightened Women (1828-1979), gaya pelukisan karya ini jelas sekali menunjukkan garisan menimbulkan mood perasaan dan pergerakan.



Feighted Women

3. Garisan menimbulkan kesan penegasan

Melalui kesan kualiti garisan dapatn menimbukan kesan penegasan dalam karya yang dihasilkan, kadang kala garisan yang pelbagai kualiti dapat menimbulkan kesan penegasan, lihat sahaja karya Judy Pfaff bertajuk Che Cosa a Acqua (1992), beliau menggunakan pelbagai garisan bagi menimbulkan kesan yang pelbagai, melalui beberapa kualiti yang berbeza maka mendapat suatu kesan penegasan dalam karya tersebut.



Che Cosa Acqua

4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap

Kesan garisan yang menggunakan teknik silang pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan terang dan gelap dalam sebuah karya. Begitu juga menggunakan kualiti garisan nipis dan tebal jug dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan dalam karya.



The Three Tree

5. Garisan membentuk objek

Sewajarnya melalui media pelukis dapat membentuk objek yang dilukis dengan menggunakan garisan. Lihat sahaja lukisan-lukisan kartun dan komek. Pelukis berjaya mebentuk karektor hanya dengan menggunakan garsian.

sebenarnya banyak lagi fungsi garisan dalam aplikasi pengkaryaan. sekadar lima point yang saya berikan sudah cukup mengambarkan bahawa peranan garisan dalam sesebuah karya seni cukup penting.



kartun Lat

Kali ini saya suka untuk berbincang dalam 'Forum Sosial' ini mengenai tajuk yang tidak asing bagi seniman, pengiat seni, pendokong seni dan pendidik seni iaitu: Subject, Form dan Content'. Dalam Forum 'Art Geng' seorang sahabat telah mengemukakan topik ini dan banyak pendapat dikeluarkan dikalangan postting yangb ada. Sungguh menarik!...

Bagi saya, kita semua yang terlibat dengan bidang SENI VISUAL secara langsung akan terjun dan lalui persoalan konsep dan teori seni. Konsep ini sangat penting agar Seni Visual terus kekal sebagai bidang yang masih mengekalkan Domain aspek Kognitif, Psikomotor dan Afektif. Sesungguhnya apapun karya yang dihasilkan tidak terlepas dari komentar sosial yang akan membuahkan tanggapan umum. Persoalannya persepsi mata (visual) dalam menerjah bentuk karya itu perlu ditangani dengan titipan akdemik. Bodohlah kalau pengkarya seni itu tidak langsung pedulikan persoalan teori lantas ia berkata bahawa yang membantu karyanya berjaya ialah ketrampilannya. Saya tertarik dengan kata-kata seorang pelukis Agung Publo Picasso, kalau kita baca riwayatnya seorang pelukis yang sangat panjang umurnya (beliau meninggal dalam usia 92 tahun), beliau menyatakan:

" Everyone wants to understand art. Why not try to understand the songs of a bird? Why does one live the night, flowers, everything around one, without trying to understand them? But in the case of a painting people have to understand. If only they would realize above all that an artist works of necessity, that he himself is only a trifling bit of the world, and that no more importance should be attached to him than to plenty of other things which please us in the world, though we can't explain them. People who try to explain pictures are usually barking up the wrong tree.... "



Kutipan kenyataan di atas betapa beliau sangat pentingkan perbahasan tentang seni visual. Seniman agung di barat sangat mementingkan aspek teori dalam seni, ternyata sejak Plato menyatakan tentang 'Mimesis' dalam Repablik X, perbahasan ahli-ahli terori seni terus menular hingga kehari ini. Kelangsungan inilah yang menggerakkan Seni Visual ini terus hidup dan menjadinya sebagai bidang akdemik dikaji,diajar dan dihayati di sekolah hingga ke Universiti.

Intipati Seni Visual perlu dihayati oleh penggerak Seni Visual, justru itu kita perlu memahami tiga tunjang penting dalam penghasilan sebuah karya seni visual iaitu Subjek (Hal Benda), Form (Bentuk Seni) dan Content (Kandungan). Tunjangan ini merupakan intipati utama yang perlu dihayati oleh kita.



Rajah Subject, Form and Content petikan Buku Art Fundamentals

Subject - Hal Benda



Dalam buku Art Fundamentals edisi 10 menyatakan ' A subject is a person, a thing, or an idea...'. Pelukis atau pengkarya akan mencari 'subject' sebagai bahan utama untuk melukis atau berkarya. Tentunya bermula dengan pemikiran dan idea. Secara langsung pemikiran untuk menghasilkan karya itu datang dari pengalaman, pembacaan atau pun isu. saya juga tertarik dengan pandangan -penulis Stewart M dalam bukunya bertajuk Laucing the Imagination menyatakan ' The most effective compositions present a unified visualization of an idea or emotion..', Kenyataanya tentang emosi adalah perkataan yang 'keramat' bagi pelukis dan pengkarya. Pada umumnya bagaimana Subjek dapat hadir dalam karya pengkarya itu adalah tanggungjawab pengkarya itu sendiri. Bagaimana pengkarya itu mengolah subjek itu terpulang samada dalam gaya penampilan Naturalisme, Realism, Semiabstrak atau pun Abstrak.



Form - Bentuk



Menurut dalam buku Art Fundamentals edisi 10, ' If subject matter is the what in a work of art, form is the how..' Bagaimana karya itu diolah dalam kondisi estetik. Olahan itu melibatkan Bahan dan Teknik namun tidak lupa segala-gala gubahan itu bermula dari Asas Seni Reka iaitu kesatuan dalam sebuah karya seni visual adalah merupakan olahan permasalah Ruang. Penentuan olahan ini bermula dari Prinsip rekaan yang berlangsung melalui olahan samada ianya harmoni atau kepelbagaian melalui elemen garisan, rupa, jalinan, nilai dan warna.



Content - Kandungan



Secara umumnya content ini adalah apa yang ada dalam karya seni visual tersebut. Sekalilagi saya petik dalam buku Art Fundamentals edisi 10 supaya kita tidak meragui konsep content, menurut buku tersebut, 'Content comes close to being the why of a work of art in that it includes what we might consider the reasons behind its appearance. Content implies subject matter but is a much bigger concept. Content contains the idea, the cultural and artistic contexts, and the meaning of a work of art...' wah, panjang sikit petikan itu... kandungan meliputi alasan-alasan sebab yang tersurat dan tersirat dalam karya itu. Persoalan kebudayaan, Kemasyarakatan, isu-isu semasa dan sebagainya... secara umumnya adalah penampilan secara emosi dan intelektual pengkarya.

Panjang juga saya nak berkongsi hal ini namun dalam buku yang saya hasilkan apa yang dinyatakan di atas akan lebih tersurat dengan contoh-contoh karya. Kepada yang membaca Nota saya ini boleh lah berkongsi dan berbincang agar kita dapat memeriahkan dunia seni visual yang kita terokai ini.



BENGKEL - BILIK - STUDIO DAN GALERI SENI VISUAL

Saya tertarik dengan Nota FB Ahmad Fauzi Hassan bertajuk STUDIO-GALERI SENI VISUAL DI SEKOLAH (http://www.facebook.com/note.php?note_id=192514860786790). Sebenarnya saya telah lama terniat untuk berkongsi maklumat mengenai Bilik Seni Visual. Telah lama jua saya menyatakan bahawa kekuatan Pendidikan Seni Visual disekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Kebetulan sejak 1992 lagi saya telah memegang jawatan pensyarah, dan berkesempatan melawat banyak sekolah untuk menyelia praktikum. Dari situlah saya dapat melihat sendiri bilik-bilik seni sekolah-sekolah yang saya menyelia.

Masih saya ingat pad tahun 2001 saya bersama Balai Seni Lukis Negara menganjurkan pertandingan Studio Seni Visual di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tujuan pertandingan itu tidak lain sabagai pengalak dan memberi motivasi kepada pihak pentadbir sekolah agar mendapat perhatian sewajarnya blik seni di sekolah. Malangnya pertandingan tersebuat tdak dapat diteruskan lagi.

Daripada pengamatan saya, mana-mana guru PSV yang 'bagus' kebiasaannya bilik/studio Seni Visualnya juga menarik (Belum ada kajian). Titik tolak kepada pengajaran yang sempurna dalam bidang Pendidikan Seni Visual ialah lokasi tempat belajar, Nah... mana lagi kalau tidak dibilik Khas iaitu Bilik/Studio PSV.

Kepada Guru-guru PSV, terutama guru panatia/kanan perlu bersiap untuk mewujudkan bilik seni yang standard. Maksud saya standard ialah mempunyai fasiliti yang lengkap dan menarik. Ahmad Fauzi telahpun menyenaraikan aspek-aspek bilik/studio seni yang baik. Di sini biarlah saya memberi kategori yang perlu ada dalam Bilik/Studio PSV yang menarik untuk P&P PSV:

Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.

Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. Kalau boleh jangan guna kerusi plastik, yang baik guna kerusi katu yang tidak bersandar.

Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain,

Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain

Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.

Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk.

Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.

Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. (Pengurusan stor perlu dibincangkan stu topik khas)

Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.

Papan Maklumat - iaiatu Notis Board dan maklum,at notis semasa

Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat guru PSV. kerana memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi Pengurusan Fail dan pengurusan P&P.

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu dibincangkan di sini. Apapun bergantung kepada guru PSV untuk mencorakkan suasana P&P PSV di sekolahnya. Bersama ini saya berkongsi gambar-gambar disebuah sekolah yang telah berjaya mewujudkan Bilik Seni dan Galeri seni Visual tersendiri. Tahniah kepad guru-guru berkenaan yang berjaya meyakinkan pihak pengurusan sekolah hingga PSV menjadi keutamaan di sekolah berkenaan. Sekolah tersebut ialah SMK Tinggi Perempuan Melaka.







Bahagian 6: Penghayatan Asas Seni Reka - Sifat Fizikal Garisan

Sebagai seorang pengkarya seni visual (termasuk pelukis, arcawan, pereka bentuk dan pandai tukang-Kraf), unsur garisan merupakan unsur yang sangat penting. Kerana Garisan menentukan idea awal bagai penjelmaan karya-karya mereka. Ternyata garisan adalah kajian visual bagi menterjemahkan karya. Terdapat pelukis yang menggunakan unsur ini sebagai manifestasi karya, misalnya Jackson Pollock dengan karya renjisan spontan dangan gaya penampilan Abstrak Expresionis telah menonjolan rentak-rentak garisan. J.Seeley dengan karya ctakan bertajuk Stripe Song berjaya menonjolkan garisan Op yang dikenali sebagai aliran Op Art. Pelukis-pelukis di Malaysia juga ada yang menggunakan garisan sebagai penonjolan imej sepertii Ibrahim Hussein dan Ismail Latif. Maknanya garisan merupakan unsur sangat signifikan dengan pengkaryaan pelukis dan pereka.

Dalam bahagian 5, saya telah mengemukakan jenis-jenis garisan yang selama ini kita telah mengenali sebagai karektor garisan. Semoga penulisan saya ini dapat manfaat kepada guru-guru seni visual dan pengerak senin visual agar memahami lebih jelas persoalan-persoalan asas tentang Asas Seni Reka (ASR). Ramai dikalangan guru-guru sangat berpandu kepada buku-buku rujukan yang tidakpun merujuk daripada buku-buku besar seperti 'Art Fundamentals'. terdapat buku rujukan yang membuat telahan sendiri tetang konsep Asas Seni Reka yang menyebabkan terpesong dari kajian. Dalam buku panduan guru Seni Visual KBSM terbitan tahun 2002 juga tidak begitu ilmiah memperjelaskan tentang ASR.

Muka surat 2 dalam Buku Panduan Guru Seni Visual menyatakan Fungsi Garisan sangat keliru. Sebenarnya kalau dirujuk pada buku-buku besar ianya sesuai dengan tajuk Unsur Garisan bersama Unsur-unsur lain. Misalnya Garisan dan Rupa, Garisan dan Jalinan, Garisan dan Nilai, Garisan dan Warna bukannya garisan mewujudkan struktur, garisan menghasilkan jalinan dan sebagainya (rujuk muka surat 2, 3 dan 4 dalam buku sumber guru PSV KBSM). Dalam buku saya bertajuk Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual tingkatan 1 (terbitan Creatif Enterprise), saya telah sesuaikan dengan beberapa perkara baru yang dirasakan tidak langkap dalam buku panduan. Perkara-perkara yang saya tulis itu telahdicedok oleh Buku terbitan Pelangi yang terbaharu -malang sekali budaya menciplak tidak diminta izin. (anda boleh lihat buku saya - ting 1 dan bandingkan buku terbitan Pelangi penulisan Kathlee Chee)

Satu Topik dalam garisan yang tidak disentuh dalam buku Panduan Guru ialah Sifat Fizikal Garisan. Dalam buku Art Fundamentals menyatakan ' The physical characteristics of line are many. Lines may be straight or curved, direct or meandering, ...' Sifat fizikal garisan dapat menentukan kesan psikologi garisan itu sendiri disamping kita dapat mengenal sebenarnya garisan.



Garisan menentukan lokasi dalam sebuah karya

Antara Sifat Fizikal Garisan ialah:

1. Ukuran Garisan- merujukan kepada panjang dan pendik garisan

2. Jenis Garisan - jenis garisan bergantung kepada luris, bengkok, zigzag, bengkang bengkong dsb

3. Arah Garisan - dari mana arah garisan itu bermula, mungkin arah dari pelbagai, arah yang sehala atau bertentangan.

4. Lokasi Garisan- Ukuran, jenis dan Arah garisan tentunya mempunyai lokasi tertentu bagi menempatkan peranan subjek dalam karya..

5. Karektor garisan - Karetor garisan dapat disempurnakan melalui media. Ramai pelukis menggunakan mediaa bagi memperlihatkan karektor garisan sebagai presentasi mesej karyanya.



Karya Arca Anthony Lou bertajuk Rimba menunjukan arah dan kaektor garisan

Penulisan dan Bahan Koleksi dari saya





Renungan

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفاً وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

Surah Al An`aam ayat 79





“SEGALA PAPARAN INI HANYA UNTUK PEMBELAJARAN SAHAJA BUKAN TUJUAN KOMERSIAL”





Tuesday, August 23, 2011

seni rakyat yang semakin hilang

Rebana Ubi : ‘Orkestra’ Rakyat yang Harmoni dan Seimbang

Oleh : Azmi Abdullah(ABah)

Rebana ubi adalah satu permainan yang akrab dengan masyarakat pantai timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Walaupun corak dan bentuk fizikalnya sedikit berbeda antara dua negeri tersebut, namun objektif bunyian adalah sama, iaitu untuk menghiburkan penonton dan mengajak masyarakat setempat bersama merasai getar paluan melalui alunan yang memancarkan cerminan budaya yang tersirat makna dan falsafah. Kalau dahulu permainan rebana ubi ini sering dipertandingkan, namun kini ia lebih kepada pertunjukan sisipan.



Pada zaman kegemilangannya, rebana ubi adalah manifestasi kesepaduan masyarakat di samping sebagai wahana santapan telinga yang meletakkan keharmonian dan keseimbangan bunyi sebagai teras. Rebana ubi dimainkan sebaik selesai menuai padi mahupun perasmian sesuatu istiadat, penobatan dan juga sebagai penyeri majlis perkahwinan. Rebana ubi menjadi satu permainan yang gah kerana ia melibatkan bilangan pemain yang ramai di samping ketara dari segi saiznya yang besar dan turut diiring oleh beberapa peralatan lain seperti gedombak, geduk, kompang, serta marwas.



Di negeri Kelantan, permainan rebana ubi masih popular, cuma penggiatnya sahaja dikatakan semakin berkurangan. Daripada rekod yang tercatat di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, pernah sedikit masa dahulu terdapat hampir 50 kumpulan rebana ubi di seluruh negeri Kelantan, namun kini kumpulan yang masih aktif tidak sampai 20 kumpulan. Kebanyakan kumpulan yang masih bergerak terdapat di sekitar jajahan Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir Puteh dan Machang.



Pemergian ke rahmatullah seorang demi seorang pencinta dan juga pembuat rebana ubi misalnya Allahyarham Hashim bin Labok atau lebih mesra dipanggil Pok Teh dari Kampung Padang Mokang dekat Kota Bharu, seolah-olah menyebabkan seni warisan ini semakin luntur keperkasaannya. Namun, usaha melestarikan seni ini diteruskan oleh anaknya iaitu Abdul Aziz bin Hashim. Beliau begitu prihatin dan bersemangat untuk memastikan seni warisan ini agar dapat terus dipertahan untuk generasi akan datang.



Apakah itu Rebana Ubi?



Rebana ubi dipercayai telah mula dimainkan sejak dua abad yang lalu dan ia merupakan satu-satunya gendang atau rebana paling besar yang dimainkan di Negeri Kelantan. Secara umumnya rebana ubi hanya dimainkan dimajlis-majlis tertentu misalnya untuk menyambut pembesar atau orang kenamaan yang menghadiri sesuatu majlis, manakala rentak paluan yang dimainkan seperti Lagu Sri Rama Berjalan, Lagu Menyambut dan Lagu Kuda Melompat. Sementara lagu yang popular bagi majlis perkahwinan seperti Lagu Berinai, Lagu Kukur Nyior dan Lagu Mengulik akan dimainkan secara berurutan yang terdiri dari enam buah rebana dengan dua orang tukang palu setiap sebuah rebana ubi.



Ukuran rebana ubi pula berbeza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Tetapi secara purata tingginya ialah 1 meter (100cm), manakala ukuran diameter permukaan sekitar 70cm. Di bahagian bawahnya terdapat 17 batang baji bagi rebana ubi yang kecil manakala bagi rebana ubi yang bersaiz besar pula terdapat 22 atau 23 batang baji. Baji ini digunakan untuk menegang atau mengendurkan belulang. Semakin pendek baji tersebut maka semakin nyaringlah bunyinya. Sementara itu panjang baji biasanya berukuran antara 45cm hingga 60cm.



Kecantikan rebana ubi juga terletak pada corak dan hiasan pada badan dan permukaan belulang sesebuah rebana. Motif flora yang menjadi coraknya seperti bunga mawar, bunga raya, bunga matahari, bunga teratai, bunga ketam guri dan kekacang. Terdapat juga hiasan keliling dimasukkan elemen sulur pokok kekacang agar menjadi lebih segar dan harmoni. Sulur pokok kekacang pula dikatakan sarat dengan makna dan falsafah iaitu “bermula dan berpucuk”. Konsep “bermula dan berpucuk” ini merujuk kepada asal-usul kejadian setiap makhluk yang hidup dan ia menjadi teras asas dalam seni reka ukiran Melayu.



Pada umumnya paku tidak digunakan di dalam pembuatan sesebuah Rebana Ubi. Jika ada, hanya pin digunakan di sekeliling permukaan rebana ubi itu untuk tujuan mencantikkan permukaan rebana dan mengemaskan belulang terutama di bahagian permukaan pemidang gendang.



Rotan yang diselitkan di bahagian dalam atau bawah belulang gunanya untuk menegangkan permukaan gendang adalah daripada jenis rotan yang berkualiti tinggi seperti rotan hitam, rotan riya, rotan kerusi, rotan manar, rotan kerai, atau rotan batu. Saiz rotan yang digunakan biasanya berukuran 4cm bagi lilitan dan bersaiz 1cm bagi tujuan tegangan manakala panjangnya pula mencecah 5m. Semakin tegang belulang itu bertambah nyaringlah bunyi yang dihasilkan dan begitulah sebaliknya.



Pada kebiasaannya kulit binatang atau belulang yang digunakan adalah daripada kulit kerbau atau lembu. Proses mengering akan memakan masa sehingga 3 hingga 4 hari bergantung kepada keadaan cuaca. Kulit ini mesti dipastikan kering agar ianya tidak mudah koyak atau berbau busuk serta berkulat. Apabila telah dipastikan ia betul-betul kering, tukang rebana akan melakukan proses mencukur atau membuang bulu pada kulit kerbau tadi dengan menggunakan abu atau pisau cukur khas.



Pemukul atau “alu” sangat berguna untuk memukul rebana bagi melahirkan bunyi. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu tetapi di bahagian kepalanya diperbuat daripada getah, tali tangsi atau tali nylon. Pemalu ini tidak boleh terlalu besar atau terlalu kecil kerana ia tidak akan mengeluarkan bunyi yang melansing jauh. Kadang-kala pemukul atau alu ini juga digunakan untuk memukul baji agar belulang menjadi tegang mengikut tona atau nada yang dikehendaki.



Rebana ubi tidak lengkap jika tiada pemahatan bingkai atau melarik. Tujuannya agar menimbulkan rasa estetika secara visual disamping mempamerkan kemegahan kepada pihak lawan tentang kecantikan dan kesempurnaan pembuatan. Secara psikologi apabila sebuah rebana itu kelihatan hebat dan cantik, diharapkan agar timbul perasaan gerun atau cemburu dipihak lawan untuk berlawan secara berterusan. Di samping itu, ia dapat menarik minat pengunjung dan akan menyanjung tinggi nilai estetika kesenian seterusnya mampu memartabatkan rebana ubi di pentas budaya.



Nun jauh di daerah budaya masih lagi terdengar sayup-sayup lagu yang masih boleh dibezakan temponya seperti Lagu Tagar Barat, Lagu Berinai, Lagu Hulubalang, Lagu Menyambut, Lagu Mengulit, Lagu Keceh Tepi, Lagu Kukur Nyior, Lagu Kuda Melompat, Lagu Pak Dogol dan banyak lagi. Namun apakah nasib permainan rebana ubi ini akan terbela? Pupuskah warisan agung ini suatu hari nanti? Tangisan seni biasanya akan sepi digumam zaman.



Di manakah ‘komitmen’ pihak yang dipertanggungjawabkan untuk tampil mengangkat “gah” permainan rebana ubi di mata budaya? Seni itu sesuatu yang indah. Keindahan visual dan audio pada rebana ubi bukan hanya boleh dinikmati menerusi mata malah hati. Namun, mampukah generasi masa kini mengerti? Apakah seni muzik dan corak visual rebana ubi difahami dalam ungkapan yang sepatutnya?



Adakah wajar jika diadakan satu sukatan pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi? Bolehkah ia maju setanding dengan alat muzik antarabangsa atau perlukah dikontemporarikan muziknya? Di manakah manuskripnya atau siapakah yang akan menulis notasinya. Adalah diharapkan agar satu kajian menyeluruh diadakan untuk mengkaji susur-galur sejarah dan falsafahnya, agar seni warisan ini mendapat pembelaan yang sewajar.



Jangan biarkan seni rebana ubi menjadi melukut di tepi gantang. Sementara pengiatnya malu-malu untuk mengaku bahawa merekalah pendokongnya. Atau anak-anak pula malu untuk mengaku bapa mereka adalah pengiat seni rebana. Jika demikian, tidak keterlaluan jika dikatakan seni ini akan menerima nasib seperti menora, main puteri, mak yong dan wayang kulit yang terus terpinggir sehingga kini walaupun wadahnya telah dikontemporarikan sehingga hilang seni dan auranya yang sebenarnya.



Jika seni warisan zaman ini tiada penjagaan dan tidak diselamatkan, dikhuatiri ia akan pupus bersama masa dan tinggallah khazanah itu di muzium sebagai kenangan generasi akan datang yang bakal ditertawakan. Permainan nenek moyang ini merengek di pinggir bibir, bahawa inilah gendang yang dipukul untuk mengeluarkan bunyi. Maka dicananglah intonasi yang sumbang, yang kurang berinformasi sekali gus menyebabkan alat muzik ini tidak berseni. Seperti anak-anak kita di bandar yang mengenali nasi itu berasal daripada beras sedangkan ‘pokok beras’ itu sudah tidak dikenali lagi.



Inilah persoalan yang memberati antara tuntutan budaya dan keperluan sezaman. Barangkali kerana saiznya yang besar, berat, dan rumit menyusahkan itulah antara penyebab penggiat generasi masa kini kian tumpul untuk terus melestarikan seni ini. Bunyinya yang mencecah sehingga beberapa kilometer serta membingitkan telinga, agak membosankan tetapi apa bezanya dengan muzik barat pada hari ini yang entah bagaimana struktur notasinya. Adakah ia juga mementingkan keseimbangan dan keharmonian?

Wednesday, August 17, 2011

terima kasih kepada penggunjung blog ku

dibulan ramadhan amat banyak dugaan sehingga.boleh menduga kemarahan dan nafsu amarah.jangan jadi kan alasan kelaparan untuk memenuhi kehendak hati.jika benar maka kamu sengaja meletakkan diri di tepi kesengsaaran yang zahir mahupun batin .

Saturday, July 30, 2011

untuk suri

MONOLOG KEPADA DIRI

Usah menyarungkan baju lusuh
pada sebatang badan usang
dengan harap ditutupi
rahap cindai sutera putih
meski di sudut saf kau gagap bertasbih
ketika kembara ke gunung harta yang jauh
betapa samar mencari kunci rezeki
namun ia bukan fatamorgana
untuk meraih redha.

Ini tanggungjawab hakiki
membenteng diri dari menyimpang
ke jalan sirna yang berliku
lalu sesat di noktah sesal.

Terimalah duhai hati
runtun dan damailah duhai jiwa
tanggungjawab ini ibadah
ia wardah kita ke satu puncak
tenang di titik abadi.

Sedang aku sering mengah mencari makna
pada garis dan jalur manusiawi
sketsa yang teradun dari rona dan tona
nanar di landskap kehidupan pelbagai variasi
menggalas mimpi di cermin diri
sambil menunggu titah takdir
yang entah bila bakal menjelma.

Andai aku di tunjukkan peta masa
akan kutajamkan jarum kompas
berbekal jampi warisan aulia’
untukku teruskan hijrah jaya
ke muara perkasa.

salam ramadhan

AZMI ABDULLAH @ ISMAIL
(ABah)
Bachok, Kelantan.











MONOLOG KEPADA SURI

Andai disusun kerdipan gewang
yang bersinar dilangit zaman
senyumanmu itu tetap tenang
menyuluh jiwaku yang rewang.

Antara titis jernih dan titis merah
saling beradun dalam makna penyerahan
kata-katamu permata waja bergemerlapan
menjadikan aku bersemangat
santun mengaliskan asakan goda.

Ketika aku terasa gundah
sambil membebat rindu yang parah
engkau beriku tasbih kasih
dengan haruman setanggi dan dupa
mengubat lara kala kejauhan

Pun aku setia menunggu saat
petua mengalamatkan isyarat
“Suri, kini sudah sampai ketika”
bakal kuhadiahkan dengan megah
kitakan mengecap manis takdir.

Suri,
buatmu kutitip doa
agar kita terus menyatu
di gerbang yang lagi satu.


AZMI ABDULLAH @ ISMAIL
(ABah)
Bachok, Kelantan.

cerpen basikal

CERPEN :
“BASIKAL”
_____________________________________________________________________
oleh : Azmi Abdullah @ ABah

JAM menunjukan 5.30 petang. Angin bertiup tenang. Afiq entah berapa kali mundar-mandir menunggu bapanya pulang. Pulang membawa hadiah yang dijanjikan. Hadiah yang pasti membahagiakan jiwanya. Mulutnya terkumat-kamit entah apa diungkapkan, terlongong jika siapa melihatnya. Abangnya Amar tetap tenang menunggu kerana tahu bapanya telah berjanji. Jika Amar mendapat nombor satu, bapa akan belikan basikal baru “LeRun”. Basikal yang sesuai dengan usianya 12 tahun. Pasti basikal itu bakal menguatkan semangat untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi.
Afiq sejak dari tadi seakan asyik membaca mentera di atas tangga, tidak henti-henti berkumat-kumit. Tiba-tiba bunyi deruman enjin lori buruk Pak Karim mengaum bagaikan harimau sakit. Afiq yang tidak sabar melompat–lompat kegirangan kerana yakin bapanya pulang membawa basikal BMX yang dijanjikan dengan riak senyum menguntum. Afiq, 8 tahun memang keletah. Dia akan kayuh tanpa henti basikal BMX keliling laman.
Pak Karim melabuhkan penat di tanggga sambil melihat keseronokkan anak keduanya menunggang basikal membuat pusingan di laman rumah. Ayam dan itik cuba dilanggarnya. Kak Jah ibunya di dapur sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Sesekali memekik kerana kedengaran pasu pecah di luar rumah kerana dilanggar anak kesayangannya.
Di sekolah Afiq menceritakan kehebatan basikal baru kepada kawan–kawannya. Kehebatan basikal BMX dan basikal abangnya. Kawan–kawan ada yang jelik, ada yang suka dan ada yang mengajaknya berlumba. Tapi Afiq bukan jenis yang suka dicabar . Dipendam semua ajakan kawan–kawannya, kerana basikal kesayangannya bukan untuk berlumba apatah lagi terkena lumpur.
Dalam perjalanan pulang Afiq pura-pura berlumba dengan abangnya Amar. Sesekali ditunduk-tunduk kepala kononnya untuk menambah kelajuan basikalnya. Semasa itulah Afiq perasan basikal abangnya ada “sesuatu” iaitu pelaras kelajuan. Afiq melopong, melongong sambil berfikir mengapa basikalnya tiada benda itu. Lalu Afiq mengangkat tangan mengarahkan abangnya berhenti. Amar terpinga sambil berkerut dahi basikalnya ditahan Afiq.
“Abang, basikal abang ada apa tu?”
“Ni!, ini orang panggil “gear”, ini nak tambah kelajuan pada basikal abang, nak bagi senang kayuh, nak lagi laju, nak bagi basikal abang sentiasa di depan dari basikal adik.” kata Amar tanpa meragui kata-katanya menguris perasaan Afiq.
Afiq diam tidak terkata..kekecewaan mula bersarang di kepala. Afiq memendam perasaan. Mengapa ayah beli basikal tidak sama, tidak adil. Pilih kasih. Kekecewaan ini diluahkan pada ibunya.
“Mak, esok Afiq tak mau pergi sekolah, Afiq demam.’’
“Eh… eh, bila masa pulak anak mak jadi doktor ni? Setahu mak, anak kesayangan mak ni elok saja. Apa hal ni? Kan basikal baru dah dapat!”

“Mak kenapa ayah beli basikal Afiq, tiada gear, basikal abang ada gear. Afiq rasa ayah tak adil, tak sayang Afiq”, rungutnya antara dengar dengan tidak sambil kaki menguis pada lantai. Tanpa disedarinya air mata berjurai menitis ke lantai.
“Basikal Afiq kan cantik, mak tak nampak pun kecacatan, kalau setakat gear apalah sangat. Tak apa, nanti ayah balik mak cakap pada ayah. Manalah tahu tahun depan ayah beli basikal yang ada gear pula”.
“Tak nak. Afiq nak basikal yang ada gear macam abang.”
Kak Jah malas melayan kerenah anak keduanya. Tanpa memujuk yang sepatutnya Kak Jah terus berlalu ke dapur untuk mula menyiapkan juadah berbuka. Selepas Asar seperti biasa Pak Karim bersiap-siap untuk memanjat kelapa. Ini kerana sudah berbelas tahun, pokok kelapa keliling rumahnya menjadi punca rezekinya sekeluarga.
Air nira Pak Karim siapa yang tak kenal. Seluruh Kampung Beris Lalang malahan sampai ke pekan Jelawat, orang asyik bercakap manis dan menyelerakan dek panahan kayu laru yang dimasukkan ke dalam tabung untuk menadah air kelapa. Duit jualan nira inilah Pak Karim beli basikal untuk Afiq dan Amar.
Sesekali Pak Karim mendongak ke atas untuk melihat pokok kelapanya yang semakin tinggi. Terdetik di hatinya untuk berhenti dari menyadat mayang kelapa. Tapi sesekali fikir kerja apa lagi yang boleh dibuatnya, memandangkan urat sudah menjengah lengan.
Hari ini panas sungguh. Matahari tegak di kepala. Afiq yang kecewa berjalan sambil menuntun basikal BMX melalui anak sungai di hadapan rumahnya. Afiq berhenti di bawah pokok tembusu yang merendang di tepi tali air, sambil berfikir. Fikir yang entah apa-apa, tiba-tiba …
Afiq pulang dengan berlari sambil memekik melolong. Riuh rendah di laman rumah Pak Karim. Kak Jah cam suara Afiq. Suara anak kedua merangkap anak bongsu. Pak Karim yang baru nak melelapkan mata di anjung melompat mendapatkan Afiq yang bagai diserang histeria, sambil menangis, kaki dihentak-hentak, beg sekolah dihempas ke bumi. Ayam dan itik seolah-olah mengerti dan tertanya-tanya sambil mengerling. Pak Karim segera mendapatkan Afiq.
“Apa hal ni Afiq” dengan suara yang termengah-mengah akibat terjun dari anjung.
“Basikal ayah, basikal Afiq kena curi, semasa di sekolah tadi:”
“Mana abang kamu”?
“Dia belum balik lagi ada Fardu Ain”
“Sapa curi? Haram jadah. Setan. Ini yang aku nak mengamuk ni. Celaka punya budak.” Sambil menyumpah seranah, otak Pak Karim melilau mencari sasaran anak tetangganya yang tidak sehaluan untuk melepaskan perasaan marah .
“Ni, mesti kerja anak Leman ni, memang. Memang anak si bedebah tu. Dia keturunan yang memang tak boleh lihat orang senang sikit, nak menyusahkan orang saja! nanti kau nantiiiiiii”.Geramnya bukang kepalang.
Sementara Afiq menikus untuk menyatakan hasratnya pada Pak Karim agar membelikannya basikal baru, basikal sama macam abangnya yang ada gear. Kakinya menguis-nguis pasir di laman sambil menangis tersedu-sedan. Kak Jah mendapatkan anaknya. Memeluk dengan penuh kasih sayang, dicium pipi kiri dan kanan berkali-kali.

“Fiq jangan menangis, nanti mak suruh ayah belikan basikal baru. Mari masuk, mandi.”
Di laman, Pak Karim masih mundar-mandir dengan sumpah-seranah tidak kira bulan puasa, bulan ibadat, janji hatinya puas. Hutang mesti dilunas. Sudah lama Pak Karim dendam dengan Leman. Pernah suatu hari Pak Karim menghunus golok di pinggang untuk melibas Leman ketika berjumpa di pekan Jelawat. Leman pernah ada hati pada Kak Jah zaman muda-muda dulu. Ketika itu Leman mengajak Kak Jah bertemu di Pantai Irama. Selepas Karim kahwini Kak Jah, dia terus menyimpan cemburunya.
“Nanti kau. Aku akan bomohkan kau. Keturunan kau, anak engkau. Biar panas, biar sentiasa mengelumpur bagai cacing kepanasan.”
Seminggu Pak Karim buat sembahyang hajat, minta Allah bagi balasan pada orang yang mencuri basikal Afiq. Tak cukup dengan itu Pak Karim pergi jumpa Bomoh Usop.
“Basikal anak saya kena curi. Saya nak tok buat supaya si pencuri basikal anak saya kepanasan macam cacing kena panas. Saya nak tengok anak siapa yang mengelupur kepanasan. Biar dia rasa macam mana peritnya saya kumpul duit. Saya menyadat nira berbelas tahun untuk kumpul duit.”
“Sabar Karim, kau tuduh sapa ni, anak sapa. Kau ada bukti ke?”
“Tak payah bukti-bukti. Saya memang tahu anak siapa punya angkara. Dia memang keturunan jahat. Dalam kampung ni keluarga dia saja pencuri”.
“Asstaghfirullahhalazimm… mengucap Karim. Tak palah, aku akan cuba ikhtiar. Biar dia hantar balik barang yang dicurinya tu.”
Di rumah Kak Jah merasa resah. Dia merungut-rungut. Matanya melilau mencari sosok tubuh suaminya yang hilang sejak pagi tadi. Afiq terlentang di ruang tamu katanya macam nak demam.

“Eh, badan Afiq panas ni. Afiq demam ni!”
Sehari Pak Karim pergi entah ke mana, dan senja baru balik. Kak Jah terus memberitahunya bahawa Afiq demam.
“Abang, cuba abang tengok Afiq tu, Badannya panas. Kita bawa dia ke klinik, bang?”
“Alah demam biasa je tu. Nanti besok kebah la tu, Budak-budak memang macam tu. Kalau siang hari main panas je kerja dia. Ha… bila malam panaslah seluruh badan.” Pak Karim menjawab selamba sambil mengulung rokok daun nipah dengan tembakau darat.
“Mak..ooo … mak, mintak air mak. Afiq dahaga.”
“Kenapa dengan Afiq ni? Dah masuk lima kali Afiq minum air ni”.
“Alah bagi je air tu, budak tu nak minum, apa salahnya. Bagi je.”
Keesokannya Afiq mula berperangai pelik, Sekejap-sekejap minta air. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 10 pagi. Sudah berbelas kali Afiq meminta air.
“Mak, kalau ayah tak jadi beli basikal LeRun macam abang pun tak apalah, mak. Nanti Afiq besar, Afiq akan beli sendiri. Afiq nak kumpul duit sendiri, Afiq nak simpan duit mulai sekarang.”
“Tak apa, nanti Afiq sembuh, mak suruh ayah belikan basikal baru macam abang.”
Afiq diam seribu bahasa.
Nanti, bila Afiq sembuh, Afiq ambil je basikal abang tu… abang tak kisah”. Tiba-tiba Amar mencelah sambil lewa, sekadar mengambil hati adik kesayangannya itu. Afiq diam. Pak Leman termenung. Kak Jah menyibukkan diri di dapur.
Tiba-tiba. Afiq meraung. “Panas ...! Panas! Makkk … Afiq panas…!!”
Afiq mengelupur, meniarap, terlentang, berpusing-pusing, serba tak kena.
Semua kelam kabut. Afiq berdiri, duduk. Melentang, tertonggeng, berguling-guling, macam dirasuk. Kak Jah panik .Dia hanya mampu menangis.
“Ya Allah…!! Afiq..kenapa nii??”
Tiba-tiba Afiq berlari keluar dari rumah. Berlari bagai mencari sesuatu yang sangat diperlukan. Matanya melilau. Kemudian Afiq berlari ke arah sungai. Larian sangat pantas. Pak Karim tidaksempat menahan, dia hanya mengekori dari belakang.
“Panas mak… panas, ayah.”
Afiq terus terjun ke dalam sungai sebelum sempat Amar memegang tangan adiknya. Pak Karim memanggil anak bongsunya dengan suara antara dengar dan tidak. Di saat itulah Pak Karim terpandang handle basikal Afiq di dalam sungai, kebetulan air sungai cetek.
Ketika itulah Pak Karim teringat sudah berminggu-minggu dia sembahyang hajat meminta Allah beri kepanasan kepada sesiapa yang mencuri basikal anaknya. Dia juga meminta tolong Bomoh Pak Usop jampikan supaya kepanasan sesiapa yang mencuri basikal anaknya.
“Afiq, apa yang dah Afiq buat?”
Afiq tidak menunjukkan reaksi. Badannya menampakkan tanda kebiruan. Amar turut menangis kerana kesal. Dia tidak pernah sekalipun memberi pinjam basikal LeRun yang bergear kepada adiknya. Kak Jah juga sedar bahawa janjinya untuk menyuruh suaminya membelikan basikal bergear kepada Afiq, hanya penyedap mulut sahaja. Hatinya tidak pernah membenarkan kata-katanya sendiri.
Kini barulah Kak Jah tahu bahana janji kosongnya kepada Afiq. Tetapi dia tidak tahu satu perkara iaitu solat hajat yang dilakukan oleh suaminya. Petang itu juga, Pak Karim segera menjemput Bomoh Usop untuk upacara ‘tawari’ Afiq yang kepanasan.

T A M A T

kelorah di muara

CERPEN :
“KELORAH DI MUARA” _____________________________________________________________________
oleh : Azmi Abdullah @ ABah

“Abang… jika takdir menjemput Milah pulang…redakanlah..rasanya tak sanggup lagi Milah menanggung siksa ini,..janji bang”. Usin tunduk resah mata berkaca, kabur pandangan. Puas Usin menanggis ,tidak sanggup rasanya untuk merenung Milah yang sedang bertarung dengan maut.. Usin pasrah.
“Abang… jika Milah mati, abang carilah penganti, jangan dibiarkan Yana hidup tanpa ibu…janji bang…dan Milah hanya mahu Ayuni saja yang mampu menjadi pengganti Milah” ...suaranya semakin perlahan menjengah takdir…Mengucap Milah…jangan tinggalkan abang …abang rayu Milah...
Ya Allah...Air mata Usin mengalir laju…selaju harapan agar Milah kembali ceria. Bebola mata Milah melilau meracau, akhirnya memandang tepat pada alang rumah, seolah-olah mengerti ajalnya datang menjemput pulang.

Pengorbanan
Sudah tiga bulan berlalu... Milah pergi menyahut seruan Ilahi. Dari hari-kehari imbauan kenangan melingkari, sukar ditepis walau ditaji kesabaran. Bukan Usin benci tapi hakikat sebuah perpisahan bukan milik Usin seorang. Hidup Usin tidak keruan...jambang mula bersirat, misai kusut masai, hanya Yana penyeri...tapi Usin sepi bagai Pelabuhan pagi. Yana belum mengerti penderitaan Usin. Hanya renggekkan meminta botol susu sebagai teman.
“Usin…mak tak mampu untuk menghalang…jika Ayuni sebagai galang ganti dan harapan Milah, mak reda, tapi biarlah mak tanya Ayuni dulu…sanggupkah dia jadi pengganti kakaknya.
Usin diam…sambil telinga memasang dengar, ruang sempit terasa luas…tidak semena-mena Usin tersenyum …ini senyuman pertama Usin selepas Milah meninggal dunia…Jauh di sudut hati , Ayuni pernah menambat hatinya ..di sebabkan Ayuni adik ipar dipendam dilubuk hati yang teramat dalam.
Pak Said di dapur mendengus …bagai kerbau terjabut spa hidung,
“Engkau nii…limah buang tebiat nak mampus ke, baru je… Milah pergi kau nak ganti Ayuni pada Usin…?
“Eeh..apa salahnya bang dah memang itu wasiat Milah…ehh kalau Ayuni setuju kita nikahkan saja Usin dengan Ayuni habis cerita.
“Aku tak setuju…dari dulu lagi aku tak berkenan pada usin...aku benci dia, dengan keturunan dia sekali aku benci...kau faham tak..kau ingat tak arwah bapa dia ..tak pernah sependapat dengan aku...fahaman dia lain. .aku lain.“Eh, bang...pendapat dia je yang betul… kalau nak main politik biar setakat lubang tekak je ..jangan diluah tak tentu hala.”
“Mak…ayah,janganlah bergaduh pasal Ayuni…Ayuni sanggup jadi pengganti kak Milah..lagipun kasihan Yana…dia belum mengerti apa-apa…biarlah ayuni berkorban..Pak said mengerling bagai harimau menghidu mangsa..Ayuni menikus,mak limah diam seribu bahasa…


Takdir
Yana sudah mengerti apa erti sedih, segala hilai tawa tanggis …hanya ibu Ayuni saja tempat ia mengadu…tidak sekalipun memangil Milah …ibu sejati yang telah pergi menyambut seruan llahi…
Usin nampak lebih ceria…hari-hari terisi dengan hilai tawa…sesekali terkenang arwah Milah seolah-olah ada di sisi menikmati kebahagian bersama. Usin bagai mati hidup semula.
Ayuni mengandung sembilan bulan, sampailah waktu untuk Ayuni melahirkan anak sulung, Usin kepingin yang teramat sangat, dicanang sekeliling kampong hari bahagia bakal menjelma tidak lama lagi. Diusap perut Ayuni, bagai belangkas tidak terpisah. Usin berniat Jika anak lelaki,nak ditumbangnya seekor lembu jantan. Inilah peluang ke dua hidup yang dianugerah Allah…mengecapi sebuah kebahagian bagai “hassan segunung intan”.
Ayuni dimasukkan ke hospital ..tawa sedih berbaur silih ganti…Usin teruja..
Pak said mencuka..mak limah senyum simpul, Yana melompat riang,kerana adiknya bakal lahir untuk bergurau senda..
Ayuni dimasukan ke bilik kecemasan HRPZ 11,Kota Bharu. Kegelisahan mula bertamu dihati keluarga. Ayuni bertarung antara sedar dan tidak, nafas Ayuni terlalu lemah untuk menolak anak keluar. Denyutan nadi tak setabil, Ayuni selamat melahirkan anak lelaki yang sihat dengan berat 3.3kg. Namun dalam kegembiraan Usin sekali lagi diuji Yang Maha Berkuasa. Ayuni tidak dapat diselamatkan, Usin kehilangan. Dugaan yang maha berat sekali lagi menguji … Usin meracau .
Pak Said merungut...baginya Usin anak sial yang membawa malang dalam keluarganya…geramnya bukan kepalang, rasa nak dikapaknya kepala Usin. Kerana marahkan usin Yana menerima tempiasnya.tiba-tiba Pak Said bersuara.
“Sin...ayah minta dengan jasa baik...kau keluarlah dari rumah ini… ayah tak nak tengok muka kau lagi…kau bawalah anak cucu ayah sekali. Ayah tak nak tengok wajah anak ayah dalam anak mu..pergilah.” Inilah kali pertama ucapan penuh sebak yang mampu Pak Said ungkapkan. Dengan suara yang tersekat-sekat Pak Said terjelempok dianjung,sesekali memandang tepat ke dada laut. Lalu dililitkan kain basahan di kepala.
Usin mengerti perasaan bapa mertuanya...Yana memiliki iras ibunya . Usin tak mampu lagi mendengar rintihan bapa mertuanya...
Kerana terlalu memikirkan nasib badan, usin abaikan kesihatan...kadang-kadang Usin bermonolog sendiri…wajah Milah dan Ayuni silih berganti.
Ketika Usin melintas jalan untuk ke kedai membeli susu anak lelakinya bersama Ayuni. Usin dilanggar kereta, namun takdir menjemputnya pulang. …sehingga hujung nyawa…hanya ungkapan “maafkan abang milah... kerana tidak mampu menjaga amanah mu”. Suara Usin semakin perlahan bersama airmata terakhir menitis ke bumi...

….Sekian….

Tuesday, July 26, 2011

senyum satu sedekah ...sedekah pada sifat...wazan biar teratur

ketika sisa hidup masih berbaki ..usah di biar pada nasib selut meliputi badan.biar berjarah pada pada bakti bukan menagisi apa yang telah pergi

akan datang cerpen terbaru yang lebih sensasiii

cerpen keluarga yang lebih meruntum hati,,,antara karya terbaik

cerpen perjalanan -karya aku untuk sahabat

CERPEN :

“ RONA AIRMATA ZIKRI” _____________________________________________________________________
oleh : Azmi Abdullah @ ABah

Zikri pasrah, mata dipejam rapat…menunggu picu senapang patah memuntahkan belerang. Menunggu otaknya bersepai. Tidak sepatah kata terkeluar takkala senapang patah bapa mertua mencanak di atas kepala.
“aku nak kau keluar dari rumah aku tanpa menoleh, sekali kau toleh…bersepai otak kau”

Zikri diam, nafas bagai tercekik di saluran kerongkong, tanpa sedar Zikri beredar perlahan tanpa mempedulikan mucung senapang bapak mertuanya.

“abang !,…jangan tinggalkan Sal sorang, mati abang tercabut lah nyawa sal”
“jangan sal…” ringkas kata-kata Zikri tanpa menoleh ke belakang.
“ayah …apa ayah buat ni…mengucap ayah”
“sekali aku petik picu…eem berambus! sebelum darah aku mengelegak”.
Salmiah meraung sekuat hati bagai kena histeria. Mak Som di ruang tamu menangis semahunya. Adik-adik menikus tanpa suara.
“ayah! ampunkan Salmi. Mak! jaga ayah, Salmi ikut kata hati, selangkah abang zikri melangkah tapaknya adalah nyawa Salmi.”
Zikri melangkah tanpa toleh. Salmi ikut belakang tanpa sepatah kata. Puas sudah air mata berjejeran. Langkah penuh nekad tanpa bag pakaian, sehelai sepinggan menuju ke stesen

kereta sewa Tanah Merah. Meninggalkan Mak Som yang hampir pengsan. Pak Said duduk terjelempuk di atas sofa sambil memegang senapang. Keluhan penuh penyesalan .
Hentian
Kesibukan Bandar Tanah Merah sedikitpun tidak menghiraukan kesedihan Zikri. Hatinya luluh, ditelan mati mak diluah mati bapa..
“Sal …dugaan apa lagi yang bakal kita tempuhi…abang buntu Sal, jalan mana yang harus kita ikut”.
“jalan mana sekalipun abang ikut, Sal akan turuti, jika mati Sal… biarlah di pangkuan abang”.

Zikri diam, otaknya ligat mencari kewarasan, buntu … jika gelap cari cahaya, jika dahaga mencari air. Mencari jawapan sasau dibuatnya. Lebih kurang sejam menunggu. Zikri dan Salmi dapatkan kereta sewa menuju ke stesen bas di Langgar, Kota Bharu.
Bas Tranasional bertolak pukul 9.30 malam, dari terminal Langgar. Lebih kurang 6jam perjalanan sampailah di Kuala Lumpur. Bas sudah melewati laman terminal Hentian Putra. Ini bererti belum masuk subuh, Jam menunjukan 4.35 pagi. Kebuntuan yang diwariasi dari masalah melingkar, terasa benar kesukaran membuat pilihan.
“abang kita sewa saja hotel bajet. Bila siang nanti kita buat keputusan!, kita balik rumah Pak Ngah.”
“suka hati Sal, abang buntu, duit ada ke?”. Salmi diam…

Riak wajah Zikri berserabut. pipi cekung dengn misai yang nipis menampakkan sedikit tua dari usia. Sesekali Salmi tunduk sambil tangan mengesat air mata, air mata sesal tidak bernoktah.
“hanya nasib batu yang tenggelam…jika sabut biarlah timbul”.ucap salmi dalam hati
Keputusan
Ketika dalam perjanan pulang ke rumah Pak Ngah Seman, pelbagai versi cerita rancak berputar, ada yang ulang tayang dalam kepala Salmi dan Zikri. Di rumah Pak Ngah Seman, Salmi cerita perkara sebenarnya. Pak Ngah mendengar luahan Salmi dengan rasa sesal yang menusuk. Entah berapa kali mengeleng kepala, sesekali mengangguk, tanpa sedar air mata pak ngah menjegah pipi, teresak –esak mengenangkan abangnya yang tak pernah berubah dari budak sehingga tua.
“salmi! Pak Ngah ada satu berita, entahlah berita baik atau buruk hanya kamu yang nilai”
“apa hal Pak Ngah?”

“Salmi, nah surat kamu, tak tau Pak Ngah nak kata apa! kamu dapat sambung belajar di Universiti, di Amerika Syarikat”.
Bagai petir memekak telinga antara gembira, sedih, sebak bercampur aduk…
“ya Allah aku bersyukur, abang!... sal dapat bang, dapat sambung belajar di US”
Zikri terduduk, kepala yang tidak gatal digaru bagai kutu penuh menghuni, hampir gila . Baru semalam bapak mertua nak pecahkan kepalanya. Hari ini pulak Salmi dapat sambung belajar di US.

Kegembiraan ini menelan rasa kecewa Salmi buat seketika. Zikri bingun kerana minggu depan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang akan di buka . Ini bererti yuran pengajian Semester 3 nak kena bayar.
“Zikri , Pak Ngah faham penderitaan kamu, tentang Salmi biar Pak Ngah yang tanggung. Itupun jika Zikri setuju”.
“Pak Ngah! saya betul-betul buntu, Pak ngah buatlah mana yang terbaik.”
“abang!, redalah Sal… pergi. Ini impian Sal, 4 tahun bukan lama, bidang yang betul-betul Sal minat Matematik dan Kimia, lagipun kita dah janji kan? ”
Fikiran zikri melayang mengingati janji yang pernah dimeterai, ketika Salmi masih anak dara itupun ketika sama-sama belajar di UM. Sebelum Zikri ditendng akibat mengulang kertas Matematik.

Berangkat ke US
Lebih kurang 17 jam perjalanan dari KLIA ke Los Angles. Itupun kapal terbang ‘delay”, singgah di lapangan terbang JAI, Jepun beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan . Ketika rehat di terminal JAI, Salmi terasa pening, loya-loya nak muntah, dalam fikiran mungkin mabuk kapal terbang . Lebih kurang pukul 3.30 waktu tempatan Los Angles. Kapal terbang yang membawa Salmi mendarat dengan selamat. Salmi tertidur. Sehingga tidak sedar kapal terbang sudah mendarat.

Pramugari mengejutkan Salmi beberapa kali . Salmi menampakkan wajah yang suram .Wanita tabah ini tidak sedar sudah 3 jam selepas mendarat barulah Salmi sedar ,dia pengsan. Di hospital Queen Elizabeth. Dr Even Molleck mengucapkan tahniah pada Salmi..
“Puan ,tahniah! Puan sudah mengandung 3 minggu”
“tiga minggu!…mengandung!..ya Allah macamana nii,”
Berita ini amat mengejutkan Salmi…sekali lagi Salmi termanggu dengan dugaan yang mendatang, dikala kesedihan… Allah beri kegembiraan …ini bererti salmi wanita terpilih…
Pengajian
Zikri meneruskan pengajian semester tiga dengan hati yang sebak. Setiap kali matahari menjengah waktu, dikala itulah kesedihan di hati Zikri bertandu rindu. Rusdi kawan baik Zikri, yang bakal menjadi guru, berlari anak mendapatkan zikri dengan suara yang penuh usikan .
“Z…ini surat dari isteri tercinta kau…nun di sana! Jauuuuhh…”
Zikri tersedar dari lamunan, senyuman menguntum mula membajai pipi.Terus mendapatkan surat dari Rusdi dengan rakus. Kawannya mengerti kesedihan dan kerinduan Zikri, dibiarkan kegelojohan Zikri merampas surat walaupun kasar.
“abang, Sal ada berita baik, Sal mengandung!,sekarang dah masuk empat minggu .”
Surat Salmi entah berapa kali dibaca, di koyok, dibuka, dicium, air mata kegembiraan mula memenuhi kelopak, biji mata berkaca menandakan hujan kegembiraan dah nak turun…

Lebih kurang sembilan bulan lebih pemergian Salmi ke US, Salmi melahirkan anak perempuan yang comel mirip wajahnya, berkulit mulus…Nurlily…ringkas tapi penuh pengertian kasih sayang antara Zikri dan Salmi. Salmi tidak sihat, Dr yang merawat Salmi mencadangkan anak perempuannya dihantar pulang ke Malaysia. Sekali lagi Salmi
terasa perit akan berpisah dengan anak yang baru seminggu di lahirkan. Memandangkan barah payu dara yang Salmi hidapi sudah sampai ke tahap kronik. Salmi terpaksa menerima hakikat. Salmi merahsiakan penderitaan ini daripada Zikri..

Seminggu selepas bersalin ..Salmi menghantar anaknya pulang ke tanah air. Melalui Agensi yang dilantik oleh kedutaan Malaysia, anak Salmi selamat sampai di tanah air , melalui jagaan rapi pramugari yang di lantik khas oleh kedutaan Malaysia di USA.

Zikri sangat teruja untuk melihat anaknya. Tanpa sedar sudah hampir lima jam beliau menunggu di KLIA. Pada hal surat dari kedutaan sudah jelas mengatakan anaknya akan sampai dalam pukul 3.33 petang waktu tempatan. Seperti yang sudah dijanjikan, anaknya selamat sampai tanpa Salmi disisi. Dicium tanpa henti sesekali tertawa kegembiraan takala melihat anaknya Nurlily yang menangis merengek seolah gembira berjumpa bapa, lupa ibunya sedang bersedih di US. Salmi terus merindui anaknya, rindu Zikri sudah tidak tertahan lagi. Dalam menahan keperitan barah yang sudah menyucuk saraf. Salmi ingin balik sebelum maut menjemput pulang.

Salmi pulang menaiki kapal terbang Mas. Setelah sampai di KLIA, hatinya sangat teruja sambil mata melilau mencari suami dan anak tersayang. Nafas terasa lambat, tersekat, kaki bagai dirantai untuk melangkah.Takkala itu kakinya tersadun anak tangga terakhir kapal terbang. Salmi terjatuh, nafas yang sudah 23 tahun di kandung badan tercabut bersama harapan untuk berjumpa Zikri…Lily.

Kematian Salmi membuatkan hidup Zikri tidak terurus, mengikut takdir segala jadi. Lily membesar di depan mata tidak dihirau. Rasa bersalah menyelubungi diri. Keletah anak kesayangan menunggang basikal mengelilingi laman tidak dihirau jauh sekali untuk tertawa.
“abah!, mana mama?, kenapa kawan-kawan Lily ada mama..!
Air mata zikri mula menitis . Kerongkong mula tercekik, jawapan apa yang harus di beri..
Setiap rona dan tona Zikri sudah simpan kemas di sisip kenangan..

….Sekian….

Saturday, February 5, 2011

salam hormat

Assalamualaikum,
sudah lama saya tidak mengunjungi sahabat,antara intan dan permata juga ada sinar menyerlah atau malap.peringatan hari ini habblu minanas,hubungan antara manusia
.sungguh susah menjaga hati manusia sebagaimana susahnya menahan air dari kebocoran.walau ditapu dengan kedua belah tapak tangan sekalipun lelehan akan tersejat juga walau sedikit.Kehalusan dalam pemikiran akan menampung sejatan dengan akal yang sempurna akan melahirkan isi wahana bernas dan bersih ..jiwa satu wahana santapan rohani.sabar baja iman yang paaling subur untuk pucuk kehidupan.fikir satu zikir.

sekian ,wassalam