Wednesday, April 21, 2010

Peringatan Allah pada manusia

assalamualaikum.berjumpa lagi kita atas satu urusan.Urusan ilmu Allah diatas peringatannya:Peringatan pertama;;;;

"wahai anak adam ,aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira".

"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhintungan tetapi msih mengumpulkan harta"

"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih tertawa."

"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi ia masih beristirehat."

"Aku hairan kepada mereka yang yakin dunia dan kemusnahannya tetapi ia masih tenang dengannya."

"Aku hairan pada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya"

"Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci"

"Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri"

"Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi ia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya ia akan mati keseorangan,akan ,memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia"

Ketahuilah tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhyan Muhammad itu adalah hamba dan utusanKu...Allah HUakbar...

No comments:

Post a Comment

html