CERPEN :
“KELORAH DI MUARA”
_____________________________________________________________________
oleh : Azmi Abdullah @ ABah
“Abang… jika takdir menjemput Milah pulang…redakanlah..rasanya tak sanggup
lagi Milah menanggung siksa ini,..janji bang”. Usin tunduk resah mata berkaca,
kabur pandangan. Puas Usin menanggis ,tidak sanggup rasanya untuk merenung
Milah yang sedang bertarung dengan maut.. Usin pasrah.
“Abang… jika Milah
mati, abang carilah penganti, jangan dibiarkan Yana hidup tanpa ibu…janji
bang…dan Milah hanya mahu Ayuni saja yang mampu menjadi pengganti Milah” ...suaranya
semakin perlahan menjengah takdir…Mengucap Milah…jangan tinggalkan abang …abang
rayu Milah...
Ya Allah...Air mata Usin
mengalir laju…selaju harapan agar Milah kembali ceria. Bebola mata Milah
melilau meracau, akhirnya memandang tepat pada
alang rumah, seolah-olah mengerti ajalnya datang menjemput pulang.
Pengorbanan
Sudah tiga bulan berlalu...
Milah pergi menyahut seruan Ilahi. Dari
hari-kehari imbauan kenangan melingkari,
sukar ditepis walau ditaji kesabaran.
Bukan Usin benci tapi hakikat sebuah perpisahan bukan milik Usin seorang. Hidup
Usin tidak keruan...jambang mula bersirat, misai kusut masai, hanya Yana
penyeri...tapi Usin sepi bagai Pelabuhan pagi. Yana belum mengerti penderitaan
Usin. Hanya renggekkan meminta botol susu sebagai teman.
“Usin…mak tak mampu untuk
menghalang…jika Ayuni sebagai galang ganti dan harapan Milah, mak reda, tapi
biarlah mak tanya Ayuni dulu…sanggupkah dia jadi pengganti kakaknya.
Usin diam…sambil telinga
memasang dengar, ruang sempit terasa luas…tidak semena-mena Usin tersenyum …ini
senyuman pertama Usin selepas Milah meninggal dunia…Jauh di sudut hati , Ayuni
pernah menambat hatinya ..di sebabkan Ayuni adik ipar dipendam dilubuk hati
yang teramat dalam.
Pak Said di dapur mendengus
…bagai kerbau terjabut spa hidung,
“Engkau nii…limah buang tebiat nak mampus ke, baru
je… Milah pergi kau nak ganti Ayuni pada Usin…?
“Eeh..apa salahnya bang dah memang
itu wasiat Milah…ehh kalau Ayuni setuju kita nikahkan saja Usin dengan Ayuni
habis cerita.
“Aku tak setuju…dari dulu lagi
aku tak berkenan pada usin...aku benci dia, dengan keturunan dia sekali aku
benci...kau faham tak..kau ingat tak arwah bapa dia ..tak pernah sependapat
dengan aku...fahaman dia lain. .aku lain.
“Eh, bang...pendapat dia je yang
betul… kalau nak main politik biar setakat lubang tekak je ..jangan diluah tak
tentu hala.”
“Mak…ayah,janganlah bergaduh
pasal Ayuni…Ayuni sanggup jadi pengganti kak Milah..lagipun kasihan Yana…dia
belum mengerti apa-apa…biarlah ayuni berkorban..Pak said mengerling bagai
harimau menghidu mangsa..Ayuni menikus,mak limah diam seribu bahasa…
Takdir
Yana sudah mengerti apa erti
sedih, segala hilai tawa tanggis …hanya ibu Ayuni saja tempat ia mengadu…tidak
sekalipun memangil Milah …ibu sejati yang telah pergi menyambut seruan llahi…
Usin nampak lebih
ceria…hari-hari terisi dengan hilai tawa…sesekali terkenang arwah Milah
seolah-olah ada di sisi menikmati kebahagian bersama. Usin bagai mati hidup
semula.
Ayuni mengandung sembilan bulan,
sampailah waktu untuk Ayuni melahirkan anak sulung, Usin kepingin yang teramat
sangat, dicanang sekeliling kampong hari bahagia bakal menjelma tidak lama
lagi. Diusap perut Ayuni, bagai belangkas tidak terpisah. Usin berniat Jika
anak lelaki,nak ditumbangnya seekor lembu jantan. Inilah peluang ke dua hidup
yang dianugerah Allah…mengecapi sebuah kebahagian bagai “hassan
segunung intan”.
Ayuni dimasukkan ke hospital
..tawa sedih berbaur silih ganti…Usin teruja..
Pak said mencuka..mak limah
senyum simpul, Yana melompat riang,kerana adiknya bakal lahir untuk bergurau
senda..
Ayuni dimasukan ke bilik
kecemasan HRPZ 11,Kota Bharu. Kegelisahan mula bertamu dihati keluarga. Ayuni
bertarung antara sedar dan tidak, nafas Ayuni terlalu lemah untuk menolak anak keluar. Denyutan nadi tak
setabil, Ayuni selamat melahirkan anak lelaki yang sihat dengan berat 3.3kg.
Namun dalam kegembiraan Usin sekali lagi diuji Yang Maha Berkuasa. Ayuni tidak
dapat diselamatkan, Usin kehilangan. Dugaan yang maha berat sekali lagi menguji
… Usin meracau .
Pak Said merungut...baginya Usin
anak sial yang membawa malang dalam keluarganya…geramnya bukan kepalang, rasa
nak dikapaknya kepala Usin. Kerana marahkan usin Yana menerima
tempiasnya.tiba-tiba Pak Said bersuara.
“Sin...ayah minta dengan jasa
baik...kau keluarlah dari rumah ini… ayah tak nak tengok muka kau lagi…kau
bawalah cucu ayah sekali. Ayah tak nak
tengok wajah anak ayah dalam diri anak
mu..pergilah.” Inilah kali pertama ucapan penuh sebak yang mampu Pak Said
ungkapkan. Dengan suara yang tersekat-sekat Pak Said terjelempok
dianjung,sesekali memandang tepat ke dada laut. Lalu dililitkan kain basahan di
kepala.berlalu tanpa perasaan ,sebak memaku dalam diri.
Usin mengerti perasaan bapa mertuanya...Yana
memiliki iras ibunya . Usin tak mampu lagi mendengar rintihan bapa mertuanya...
Kerana terlalu memikirkan nasib
badan, usin abaikan kesihatan...kadang-kadang Usin bermonolog sendiri…wajah
Milah dan Ayuni silih berganti.
Ketika Usin melintas jalan ke kedai membeli susu anak lelakinya . Usin
dilanggar kereta, sebelum takdir menjemputnya pulang.usin mengelupur sesekali
terbayang wajag tersayang yang silih berganti..sehingga hujung nyawa…hanya
ungkapan “maafkan abang milah... kerana tidak mampu menjaga amanah mu”. Suara
Usin semakin perlahan bersama airmata takdir menitis ke bumi...
….Sekian….