CERPEN
:
“
RONA AIRMATA ZIKRI”
_____________________________________________________________________
oleh : Azmi Abdullah @ ABah
Zikri pasrah, mata dipejam rapat…menunggu picu senapang patah
memuntahkan belerang. Menunggu otaknya bersepai. Tidak sepatah kata terkeluar takkala
senapang patah bapa mertua mencanak di atas kepala.
“aku nak kau keluar dari rumah aku tanpa menoleh, sekali kau
toleh…bersepai otak kau”
Zikri diam, nafas bagai tercekik di saluran kerongkong, tanpa sedar
Zikri beredar perlahan tanpa mempedulikan mucung senapang bapak mertuanya.
“abang !,…jangan tinggalkan Sal sorang, mati abang tercabut lah
nyawa sal”
“jangan sal…” ringkas
kata-kata Zikri tanpa menoleh ke belakang.
“ayah …apa ayah buat
ni…mengucap ayah”
“sekali aku petik picu…eem berambus! sebelum darah aku mengelegak”.
Salmiah meraung sekuat hati bagai kena histeria. Mak Som di ruang
tamu menangis semahunya. Adik-adik menikus tanpa suara.
“ayah! ampunkan Salmi. Mak! jaga ayah, Salmi ikut kata hati,
selangkah abang zikri melangkah tapaknya adalah nyawa Salmi.”
Zikri melangkah tanpa toleh. Salmi ikut belakang tanpa sepatah kata.
Puas sudah air mata berjejeran. Langkah penuh nekad tanpa bag pakaian, sehelai
sepinggan menuju ke stesen
kereta sewa Tanah Merah. Meninggalkan Mak Som yang hampir pengsan.
Pak Said duduk terjelempuk di atas sofa
sambil memegang senapang. Keluhan penuh penyesalan .
Hentian
Kesibukan Bandar Tanah Merah sedikitpun tidak menghiraukan kesedihan
Zikri. Hatinya luluh, ditelan mati mak diluah mati bapa..
“Sal …dugaan apa lagi yang bakal kita tempuhi…abang buntu Sal, jalan
mana yang harus kita ikut”.
“jalan mana sekalipun abang ikut, Sal akan turuti, jika mati Sal…
biarlah di pangkuan abang”.
Zikri diam, otaknya ligat mencari kewarasan, buntu … jika gelap cari
cahaya, jika dahaga mencari air. Mencari jawapan sasau dibuatnya. Lebih kurang
sejam menunggu. Zikri dan Salmi dapatkan kereta sewa menuju ke stesen bas di Langgar,
Kota Bharu.
Bas Tranasional bertolak pukul 9.30 malam, dari terminal Langgar. Lebih
kurang 6jam perjalanan sampailah di Kuala
Lumpur . Bas sudah melewati laman terminal Hentian Putra.
Ini bererti belum masuk subuh, Jam
menunjukan 4.35 pagi. Kebuntuan yang diwariasi dari masalah melingkar, terasa benar kesukaran membuat pilihan.
“abang kita sewa saja hotel bajet. Bila siang nanti kita buat
keputusan!, kita balik rumah Pak Ngah.”
“suka hati Sal, abang buntu, duit ada ke?”. Salmi diam…
Riak wajah Zikri berserabut. pipi cekung dengan misai yang nipis
menampakkan sedikit tua dari usia. Sesekali Salmi tunduk sambil tangan mengesat
air mata, air mata sesal tidak bernoktah.
“hanya nasib batu yang tenggelam…jika
sabut biarlah timbul”.ucap salmi dalam hati
Keputusan
Ketika dalam perjanan pulang ke rumah Pak Ngah Seman, pelbagai versi cerita rancak
berputar, ada yang ulang tayang dalam
kepala Salmi dan Zikri. Di rumah Pak Ngah Seman, Salmi cerita perkara
sebenarnya. Pak Ngah mendengar luahan Salmi dengan rasa sesal yang menusuk. Entah
berapa kali mengeleng kepala, sesekali mengangguk, tanpa sedar air mata pak
ngah menjegah pipi, teresak –esak mengenangkan abangnya yang tak pernah berubah
dari budak sehingga tua.
“salmi! Pak Ngah ada satu berita, entahlah berita baik atau buruk
hanya kamu yang nilai”
“apa hal Pak Ngah?”
“Salmi, nah surat
kamu, tak tau Pak Ngah nak kata apa! kamu
dapat sambung belajar di Universiti, di Amerika Syarikat”.
Bagai petir memekak telinga antara gembira, sedih, sebak bercampur
aduk…
“ya Allah aku bersyukur, abang!... sal dapat bang, dapat sambung
belajar di US ”
Zikri terduduk, kepala yang tidak gatal digaru bagai kutu penuh
menghuni, hampir gila . Baru semalam
bapak mertua nak pecahkan kepalanya. Hari
ini pulak Salmi dapat sambung belajar di US .
Kegembiraan ini menelan rasa kecewa Salmi buat seketika. Zikri bingun
kerana minggu depan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang akan di buka . Ini
bererti yuran pengajian Semester 3 nak kena bayar.
“Zikri , Pak Ngah faham penderitaan kamu, tentang Salmi biar Pak Ngah
yang tanggung. Itupun jika Zikri setuju”.
“Pak Ngah! saya betul-betul buntu, Pak ngah buatlah mana yang
terbaik.”
“abang!, redalah Sal… pergi. Ini impian Sal, 4 tahun bukan lama, bidang
yang betul-betul Sal minat Matematik dan Kimia, lagipun kita dah janji kan ? ”
Fikiran zikri melayang mengingati janji yang pernah dimeterai, ketika Salmi masih anak dara itupun
ketika sama-sama belajar di UM. Sebelum Zikri ditendang akibat mengulang kertas
Matematik.
Berangkat ke US
Lebih kurang 17 jam perjalanan dari KLIA ke Los Angles. Itupun kapal terbang ‘delay”, singgah di lapangan terbang JAI, Jepun beberapa jam
sebelum meneruskan perjalanan . Ketika rehat di terminal JAI, Salmi terasa
pening, loya-loya nak muntah, dalam fikiran mungkin mabuk kapal terbang . Lebih kurang pukul 3.30 waktu tempatan Los
Angles. Kapal terbang yang membawa Salmi mendarat dengan selamat. Salmi
tertidur. Sehingga tidak sedar kapal terbang sudah mendarat.
Pramugari mengejutkan Salmi beberapa kali . Salmi menampakkan wajah
yang suram .Wanita tabah ini tidak sedar sudah 3 jam selepas mendarat barulah Salmi
sedar ,dia pengsan. Di hospital Queen Elizabeth. Dr Even Molleck mengucapkan tahniah pada Salmi..
“Puan ,tahniah! Puan sudah mengandung 3 minggu”
“tiga minggu!…mengandung!..ya Allah macamana nii,”
Berita ini amat mengejutkan Salmi…sekali lagi Salmi termanggu dengan
dugaan yang mendatang, dikala kesedihan… Allah beri kegembiraan …ini bererti salmi
wanita terpilih…
Pengajian
Zikri meneruskan pengajian semester tiga dengan hati yang sebak. Setiap
kali matahari menjengah waktu, dikala itulah kesedihan di hati Zikri bertandu
rindu. Rusdi kawan baik Zikri, yang
bakal menjadi guru, berlari anak mendapatkan
zikri dengan suara yang penuh usikan .
“Z…ini surat dari isteri tercinta
kau…nun di sana !
Jauuuuhh…”
Zikri tersedar dari lamunan, senyuman menguntum mula membajai
pipi.Terus mendapatkan surat
dari Rusdi dengan rakus. Kawannya mengerti kesedihan dan kerinduan Zikri, dibiarkan
kegelojohan Zikri merampas surat walaupun kasar.
“abang, Sal ada berita baik, Sal mengandung!,sekarang dah masuk empat
minggu .”
Surat Salmi entah berapa kali dibaca, di koyok, dibuka, dicium, air
mata kegembiraan mula memenuhi kelopak, biji mata berkaca menandakan hujan
kegembiraan dah nak turun…
Lebih kurang sembilan bulan
lebih pemergian Salmi ke US ,
Salmi melahirkan anak perempuan yang
comel mirip wajahnya, berkulit mulus…Nurlily…ringkas tapi penuh pengertian
kasih sayang antara Zikri dan Salmi. Salmi tidak sihat, Dr yang merawat Salmi
mencadangkan anak perempuannya dihantar pulang ke Malaysia . Sekali lagi Salmi
terasa perit akan berpisah dengan anak yang baru seminggu di
lahirkan. Memandangkan barah payu dara yang Salmi hidapi sudah sampai ke tahap
kronik. Salmi terpaksa menerima hakikat. Salmi merahsiakan penderitaan ini daripada
Zikri..
Seminggu selepas bersalin ..Salmi menghantar anaknya pulang ke tanah
air. Melalui Agensi yang dilantik oleh kedutaan Malaysia, anak Salmi selamat sampai di tanah air , melalui jagaan rapi
pramugari yang di lantik khas oleh
kedutaan Malaysia di USA.
Zikri sangat teruja untuk melihat anaknya. Tanpa sedar sudah hampir lima jam beliau menunggu
di KLIA. Pada hal surat
dari kedutaan sudah jelas mengatakan anaknya akan sampai dalam pukul 3.33
petang waktu tempatan. Seperti yang sudah dijanjikan, anaknya selamat sampai tanpa Salmi disisi. Dicium
tanpa henti sesekali tertawa kegembiraan takala melihat anaknya Nurlily yang
menangis merengek seolah gembira berjumpa bapa,
lupa ibunya sedang bersedih di US . Salmi terus merindui anaknya, rindu
Zikri sudah tidak tertahan lagi. Dalam menahan keperitan barah yang sudah menyucuk
saraf. Salmi ingin balik sebelum maut menjemput pulang.
Salmi pulang menaiki kapal
terbang Mas. Setelah sampai di KLIA, hatinya sangat teruja sambil mata
melilau mencari suami dan anak tersayang. Nafas terasa lambat, tersekat, kaki
bagai dirantai untuk melangkah.Takkala itu kakinya tersadun anak tangga
terakhir kapal terbang. Salmi terjatuh,
nafas yang sudah 23 tahun di kandung badan tercabut bersama harapan untuk berjumpa
Zikri…Lily.
Kematian Salmi membuatkan hidup Zikri tidak terurus, mengikut takdir
segala jadi. Lily membesar di depan mata tidak dihirau. Rasa bersalah
menyelubungi diri. Keletah anak kesayangan menunggang basikal mengelilingi
laman tidak dihirau jauh sekali untuk tertawa.
“abah!, mana mama?, kenapa kawan-kawan Lily ada mama..!
Air mata zikri mula menitis . Kerongkong mula tercekik, jawapan apa
yang harus di beri..
Setiap rona dan tona Zikri sudah
simpan kemas di sisip kenangan..
….Sekian….
No comments:
Post a Comment
html